Saturday, December 19, 2009

5.

Holiday yang agak mengerikan......




Aku g PD n stay di Bayu Beach Resort. Biasa lee, mesti stay sana 2 malam punye, nak rehat lee kekonon nye. memang rehat pun, tapi kali ni aku g sana Demam.. tu yang cedih cikit. tak turun pun kat laut.. takut gak.. dah le kaki ku ini still lagi sakit, terhencut2 lagi..
so pagi sebelum balik, tetiba ternampak puting beliung.. wahh takut tuuu... pengalaman jugak tu...

4.

Blank... No idea....

sorry lee, dah lama tak update blog ku ini, aku ni bz jgk orgnyee, nanti apa2 aku akan update kemudia k... tunggu je lah.

Monday, September 7, 2009

3.

Rumah ke 2 ku.. PPUM



Tak sangka ya.. aku dah ada rumah ke2.. wah besarnyeee.. tapi tempat ni menyakitkan.. menyiksakan, Demi untuk sihat.. aku harus redah jua.. Nurse2 dah jadi macam kakak2 ku n adik2 ku.. Doctor2 dah jadi macam ayah2, mak2 mahupun abg2 n kakak2 ku juga.. letih 2 letih lah jugak bila setiap hari kena ke hospital, makan ubat.. aaarrrhgggghhh bosan...

19/8/2008.. aku di bedah.. aku redho n pasrah, sewaktu aku di tolak ke bilik bedah, pelbagai benda bermain di kotak fikiran ku ini,, adakah aku akan pulih selepas ini, adakah aku akan terus seksa lagi.. dan adakah aku mampu melihat dunia ni lagi... aarrrhhhh masa tu hanya Allah saja yang tahu.. setiap masa n saat, hanya surah ayatul Qursi yang senantiasa bermain di bibirku.. sehinggalah aku tak tahu apa2 lagi selepas aku di bius... selepas beberapa jam.. aku sedar, Alhamdulillah, aku masih bernyawa, aku masih dapat melihat dunia Allah yang indah ini.. Terima kasih buat sekumpulan Dr2 yang telah menjalankan pembedahan buat diriku ini..Yang Di ketuai DR Noor Azmi Bin Mat Adenan dan pembantu2nye Dr Vijay, Dr Haslinda n ramai lagi... Terima kasih tak terhingga juga buat Dr yang paling ku sayangi.. Dr Sofiah Sulaiman. Kerana bantuan Darinya aku dapat menjalani pembedahan dengan tarikh yang amat cepat.. hanya 10 hari selepas mendapat keputusan sakitku... Hanya Allah sahaja yang dapat membalas Jasa Dr2 semua...

Buat Dr2 yang lain, Terima kasih juga.. Dr Noorneza, Dr raihana, Dr Halimah, Dr Bee Ping Chong, Dr Harris Fadhilah, Dr Mohazmi, Dr Vijay Ananda, Dr Ho Gwo Fuang, Dr Daniel, Dr Wan zamaniah, Geng2 Radiotrapi, Nurse2 10U Oncology, Nurse2 Gynae Clinic, Nurse2 Oncology clinical unit, Nurse2 Medical clinic 1 & 2, Nurse2 Klinik Keluarga. semuanya best2 n baik2 dengan ku.. mungkin tu 1 sebab aku cepat boleh sembuh.. insyaallah.. Doa jeee..

Terima kasih tak terhingga juga kepada Acu nora,Makcik Munirah, Nurul Ainun, Nadiah , Nadirah,Bonda Sakinah, Anak buahku Mohd Daniel Luqman Kerana Sudi menjaga ku selama aku di rawat di hospital.. tak terbalas jasa kalian semua... Hanya Allah saja yang dapat membalasnye.Tak lupa buat cousinku Junaidi.. Terima kasih kerana setiap hari menghantar ku ke hospital utk menjalani rawatan. hanya allah juga yag dapat membalasnye.

Monday, August 17, 2009

2.

Ya Allah, berat rasanya dugaan-Mu untukku hadapi..ku kira diriku kuat berlari, namun lemah rasa kaki ku biar hanya berdiri. Tuhan, selimutkan aku dengan kasih-Mu, agar tenang jiwaku dalam perjalanan ini, dan dapat ku teruskan langkah sekuatnya menuju destinasi abadi. Tuhan, Kau campakkanlah rasa sabar dan redha pada hatiku, agar segala ketentuan-Mu ku terima seikhlasku. Tuhan, sayangilah dan kasihanilah hamba ini, agar aku tak rasa sendiri.

1.

Diri ku....




Aku..... Bernama Suhaili Ali.. Anak ke 5(Twin). tak ada apa yang menarik tentang diriku.. aku simple, sederhana.. walaupun dibesarkan dalam keluarga yang besar dengan serba kemewahan tapi aku tetap diriku yang terlalu sedehana.. aku dibesarkan oleh kedua nendaku.. Hj Idris Junus n Hajjah Tijah Mat Semili.. diberi sepenuh kasih sayang dari mereka berdua n juga makcik n pakcik ku.... di lahirkan di Assunta Hospital pada tanggal 28 mei 76, dan kemudian aku di bawa tinggal di rumah nendaku di seksyen 3 Petaling jaya sehingga lah sekarang.
Aku belajar di Tadika Assunta, Assunta 2(Primary School) n SM(P) Assunta.. kemudian sambung blaja dia EDI college at Jalan Ipoh Campus n Imperia Institute of Technology at Kelana Jaya Campus..
Tempat kerja???? Aku kerja di banyak tempat.. tapi yang terakhir di Western Digital(M) sdn bhd. keja di situ memang best, penat tu jangan caka lah, hanya allah yang tahu...

Tak lama kemudian bermula era hidup ku hanya ke hospital aje... sejak August 2007, aku dimasukkan ke Hospital kerana mengalami darah beku di kaki kiri ku, dan Dr mengesahkan aku mengidap DVT( Deep Vein Trombosis), selama 9 hari jugak aku terkurung di penjara PPUM. aku di periksa, di injek, di beri ubat.. fuhhhh deritanye...Tapi paling2 ketara bermula dari tarikh keramat 8/8/2008...... Ya Allah, derita ku bermula... Allah, bagi lah aku kekuatan utk aku teruskan hidup ini.. usia yang terlalu muda, baru mencecah 32 thun aku menerima berita yang paling2 menghancurkan hidup ku... terasa dunia ini tidak bermakna buatku, terasa hidupku makin suram, adakah aku masih mampu bernyawa untuk esok hari. ada kah aku mampu melihat dunia Allah ini lagi selepas ini... bagi aku kekuatan ya allah.. tolong lah... Aku amat2 bersyukur kerana aku masih ada family, yang banyak bagi aku kekuatan, semangat. Malah sedikit pun tak bagi aku mengalirkan airmata.. terasa terharu sangat sewaktu itu..

Dan aku juga tidak menyangka berita kesakitan aku ni juga membuat sebahagian dari family ku turut mengalirkan airmata.. acu ku.. org yang ke2 mengetahui sakitku.. aku dapat melihat airmatanye mengalir deras sewaktu itu.. ibuku, Ya allah, mengapa aku membuat ibuku menangis lagi..puas ibu ku menangis semasa kematian ayah ku.. paling yang aku terharu, ayah saudara ku, Hj Ibrahim Idris, turut menangis bila aku sendiri berjumpa dengan nya untuk memberitahu yang aku sakit dan ingin menjalani pembedahan. sewaktu itu dia sendiri pun sedang sakit n sedang menjalani rawatan n berada di HUKM... Ya Allah.. mengapa ini semua berlaku pada family kami dan terutama aku.. apa lah salah dan dosa ku ya allah...

sewaktu itu lah aku mulai merindui org2 yang paling2 ku sayangi..Arwah nendaku.. Arwah ayahku n Arwah ibu saudaraku yang paling2 ku sayangi( Hajah Halimah Idris)... mereka pergi terlalu cepat... sewaktu itu juga aku mulai terfikir, bahawa aku juga akan menyusul mengikuti mereka selepas ini... Allah, Ampunkan dosa ku.. aku manusia jahil, hina, bodoh, jahat di sisi mu ya allah... ampun kan aku... jika ya aku harus menyusul mengikuti mereka... tolong ya allah, ampunkan lah segala dosaku.. aku takut akan hazab segala2 ya allah, seksaan di dunia pun aku merasa derita, inikan pula di sana..........