Wednesday, November 30, 2011

67. Sekadar berkongsi cerita..

Hai semua, nak kata terlalu lama, xjugak.. baru dlm beberapa minggu je aku xupdate blog aku.. kadang2 mood malas tue dah dtg.. apa nak buat.

aku nie sekadar nak berkongsi cerita sedikit... tadi aku ada terbaca blog seseorg.. bila aku hayati btol2, kisah nya ada skit persamaan dengan aku. so, aku doakan agar dia cepat2 sembuh, dan sabar menghadapi dugaan dr Allah...

Di sini aku nak bercerita serba sedikit tentang pengalaman aku dari mula aku sakit dulu... pada awal tahun 2007, aku mula2 sakit, tu lah kali pertama aku ke A&E PPUM... seingat aku lah, aku ke A&E pada jam 4 ptg 25hb/7/2007, dengan keadaan kaki ku yang bengkak, jalan pun xleh,, bayangkan tanpa jatuh, kaki aku boleh bengkak tiba2.. sampai di hospital, Dr tu leh kata kat aku.. nie BIASA2 je nie.. sepatutnya awak xpayah dtang sini.(nama Dr tu DR SALLEH YAHAYA). pergi je kat RUKA, kalau setakat bengkak mcm nie.. so aku pun dgn keadaan sakit mcm nie, di temani aunty aku.. pun terus ke RUKA.. sampai RUKA, nurse tue kata, nie xda apa2 nie.. takpe lah, nanti g jumpa DR kat dalam.. so aku n aunty sabar je tunggu Dr. bila masuk bilik Dr, Dr tue check, n ckp, nie xda apa, balik makan ubat tahan sakit, ok mesti ok. pastu Dr tue boleh ckp kat aku.. nie datang ptg2 mesti nak cuti keja esok ya, nak dapat MC lah nie ya... aku terkejut masa,, tak terlintas aku nak mcm tue.. aku bangun, n terus ckp kat Dr tue, tak payah lah Dr nak bg MC kat saya kalau Dr x ikhlas.. saya pun xheran dgn MC yang Dr nak bg tue... aku terus beredar.. malah slip ubat yang dia tulis tu pun aku campak dlm tong sampah yang ada tepi dia.. terkejut dia masa tue, terus muka dia berubah.. sblm aku keluar 1 je aku ckp kat Dr tue... Dr nie MO kan,, nanti nak exam kan.. saya dgn seikhlas hati saya berdoa setiap hari Dr akan GAGAL dlm exam dr kelak.. aku tutup pintu trus beredar.....

selepas 3 hari .. kaki aku bertambah bengkak.. malah aku pergi jugak kerja.. sampai je kat tempat kerja, trus aku rasa kaki aku berat yang amat2 sangat.. bila tengok, Ya Allah bengkak nye kaki aku.. aku pun trus g klinik n jumpa ngan liza.. sedihnya aku bila aku g Dr baru je balik.. aku trus ke bilik senior manager aku.. Pn Jamilah, dia bg aku balik.. aku pun kemas2 barang n terus balik.. masa tue tuhan je yang tahu betapa sakit n seksanya aku, aku dah mula xboleh jalan, dari pintu masuk ke parking agak jauh lah jugak. dekat lebih 10 kali jgak aku berhenti2.. air mata aku mengalir deras sewaktu itu.. time tu aku terlupa yang adik aku keja sama company dengan aku.. mungkin time tu aku sakit, aku lupa segalanya.. aku gagah bawak kereta, sampai pintu rumah, tuhan je yang tahu betapa sakitnya aku.. aku langsung xboleh nak jalan. aku menghesut sepanjang ak berada di rumah.. selepas aku tukar baju, trus aunty aku hantar aku ke klinik dr joe, kat kelana jaya.. Dr joe buat surat n terus aku ke A&E PPUM.. sampai ke PPUM.. baru je Dr tue tgk kaki aku, trus dia kata aku kena DVT.. dan aku di hantar ke ruang ultrasound, sah ada darah beku dlm saluran darah di urat kaki ku sblh kanan.. dah Dr arahkan aku masuk ward.. aku kena mula Injek ubat Claxine dan start warfarin.. masa tue.. aku terasa nak tampar je Dr2 yang kata aku xapa2 sblm tue.. mahu je aku saman Dr2 tue...

hampair 9 hari aku melepak kat ward PPUM- tingkat 12U.. selepas 9 hari, aku dibenarkan kuar, tapi aku harus ke hospital setiap 3 hari.. masa tu kaki aku masih lagi sakit.. masih xboleh berjalan.. rasanya ambil masa dekat2 2 bulan jugak utk aku kembali normal... sejak hari itu lah, kaki aku tak kuat lagi.. mudah sakit n bengkak.. itu lah dugaan yang Allah bg pada ku.. aku Redho n pasrah dengan ketentuan Allah...

No comments:

Post a Comment